SURYA NEWS-Penemuan
saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini
seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia
mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah,
saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba
menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah
begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih
futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan
itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era
perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah
teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar
1940.
Akan
tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis
menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki
teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun,
atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang
serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia
kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada
perkembangan teknologi.
Read More...